Monday 26 December 2011

Orang Muda Gelojoh

Khalid ibn Walid dan pemuda arab (unedited version)

Orang muda memang gelojoh, panas baran dan mudah terjebak dalam membuat keputusan terburu-buru. Dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan bagaimana Khalid Ibn Walid sebelum memeluk Islam telah telah mengumpulkan 80 orang pemuda Quraish untk membuat kacau di perkhemahan Rasullullah SAW untuk menghalang rombongan Rasullullah memasuki kota mekah untuk mengerjakan umrah. Tindakan golongan muda yang diketuai oleh Khalid ini bertindak kerana tidak puas hati dengan golongan tua Quraish yang sudah mula menampakkan kelembutan untuk membenarkan rombongan nabi memasuki kota Mekah. Kejadian yang mendorong Rasullah SAW untuk menghantar Saidina Othman bin Affan sebagai duta untuk berunding dengan ketua kaum Quraish.

Oleh itu adalah bukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk seorang pelajar bertindak diluar batas tatatertib seperti yang berlaku di PWTC itu. Keghairahan dan kedangkalan serta rendah tahap kesabaran inilah yang sering memerangkap golongan muda dalam perjalanan hidup mereka. Wallahuaklam

Posted by Blogmaster


--

No comments: