Saturday 7 January 2012

Menyesal kenapa tak buat

Seringkali berjumpa dengan Hajjah atau Haji ada 2 perkara yang menarik;

1.Kerinduan pada Tanah Haram, Mekah Al-Mukarramah & Masjidil Haram.
2. keinginan untuk mengulangi ibadah haji kerana merasakan tidak puas dengan mutu ibadah haji yang telah dilakukan, banyak kekurangan lantar mahu mengerjakan semula dengan yang lebih baik. Berdoa diberi peluang lagi untuk mengerjakan ibadah haji.
Perkara yang kedua ini ada pengajaran yang boleh di ambil barangkali. Munkinkah permintaan ini yang diminta oleh arwah-arwah orang yang telah telah mati. Sebagaimana yang diceritakan, roh di alam barkhzah itu sangat menyesal kerana semasa hayat mereka tidak beribadah dengan sungguh-sungguh dan amat leka dengan dunia, lansung mereka meminta untuk diberi peluang sekali lagi hidup di dunia ini.
Wallahuaklam
Posted by Blogmaster

No comments: